Tahniah!! Abam Bocey Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

KUALA SELANGOR: Pelawak Abam (Bocey) pada Jumaat selamat bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, di sini pada pukul 5.35 petang.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Kamal Sahlan yang mewakili bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Abam menyarungkan cincin di jari isterinya.

Majlis itu juga menyaksikan Abam menyerahkan RM3,000 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak lelaki.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Siti Norhidayah Mohd Ali (kanan).

Sementara itu, pasangan berkenaan ketika ditemui memberitahu mereka lega majlis pernikahan telah selesai dan berjalan lancar serta berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal buat selama-lamanya.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan ini adalah hari paling bahagia buat kami berdua.

“Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Abam telah menghantar rombongan merisik Siti NorHidayah, 25, pada bulan September lalu.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Sabtu (9 Disember) dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

sumber : mstar

Dengan sekali lafaz  pelawak popular Abam Bocey sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, kira-kira jam 5.35 minit petang tadi.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dan Hidayah dinikahkan Imam Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Dua anggota kumpulan Bocey, Fad dan Achey turut hadir menemani sahabat baik mereka itu.

Terdahulu, Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi.

Malam ini, bakal berlangsung majlis malam berinai bertemakan ‘Arabic Night’ juga di kediaman pengantin perempuan.

Abam dan Hidayah mula mengenali di antara satu sama lain sejak empat tahun lalu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *