Serius Serupa! Pengawal Keselamatan di Gombak Mirip Wajah Cristiano Ronaldo

Adakah kita mempunyai kembar dalam dunia ini? Dalam sejarah, ada banyak peristiwa mengenai orang-orang yang mengaku berjumpa dengan bayangan dirinya sendiri. Fenomena ini sering disebut dengan istilah doppelganger.

Doppelganger berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud “Double Walker”. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada bayangan diri yang dipercaya dialami setiap manusia di bumi ini.

Sebelum ini kita sudah lihat gambar ramai artis Malaysia seperti Zizan Razak, Remy Ishak, Jepp Sepahtu dan sebagainya bersama Doppelganger  mereka. Kali ini melibatkan pemain bola sepak dunia dari Portugal.  Christiano Ronaldo, siapa yang tak mengenal nama ini? Namanya menjadi sebutan bagi seluruh peminat bola sepak seluruh dunia.   Kekayaannya tak terbatas. Bahkan baru-baru ini ia dinobatkan sebagai atlet dengan pendapatan tertinggi selama 2016.

Tetapi ini bukan kisah mengenai Ronaldo, tetapi mengenai kisah seorang warganegara Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, Selangor. Sekali pandang, wajahnya saling tak tumpah seperti pemain bola sepak terkenal ini. Bukan setakat wajah, dia juga memiliki tubuh sasa sama seperti Ronaldo. Malah ramai penghuni di kondominum ini menyangka dia mempunyai pertalian saudara dengan Ronaldo.

Jejaka kacak yang berasal dari  Kathmandu, Nepal ini bernama Kumar dan sudah 3 tahun tinggal di Malaysia untuk mencari rezeki buat keluarga di kampung. Pada waktu lapang, Kumar lebih gemar meluangkan masa di Gym untuk bersenam dan mendapatkan bentuk badan yang dinginkan. Memang tidak dinafikan, Kumar sangat meminati Ronaldo dan bapa kepada seorang cahaya mata ini pernah bekerja sebaga anggota tentera di Nepal sebelum dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

Namun siapa sangka, seorang pengawal keselamatan memiliki raut wajah seperti Ronaldo yang pastinya dia mampu buktikan kerjaya bukan penghalang untuk kekal bergaya seperti selebriti.

Jom lihat foto-foto Kumar yang begitu mirip dengan wajah Ronaldo!

Sumber : Apa kes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *