BMW Perkenal 3 Buah Model Keluaran Terbaru

BMW HP RACE

KUALA LUMPUR: BMW Motorrad Malaysia . Tiga motosikal baharu itu ialah BMW HP4 Race yang akan dijual pada harga runcit RM520,900; BMW G310GS (RM29,900) dan BMW S1000XR pada harga RM105,900. Semua harga tidak termasuk insurans dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dihasilkan sebanyak 750 unit sahaja di seluruh dunia, BMW HP4 Race, dikuasakan oleh enjin bagi tujuan perlumbaan, bersama spesifikasi 6.2 dan 7.2 untuk Kejohanan Endurance dan Superbike Dunia dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 158kW (215hp) pada 13,900 rpm dan tork maksimum 120Nm pada 10,000rpm.

Dari segi enjin dan sistem elektronik, BMW HP4 Race berada dalam kategori sama seperti jentera perlumbaan keluaran kilang. Namun, ia lebih menyerlah menerusi suspensi dengan kerangka gentian karbonnya.

Dengan hanya seberat 171 kilogram ketika dalam keadaan tangki penuh, BMW HP4 Race sebenarnya lebih ringan berbanding mana-mana jentera perlumbaan yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia sekarang.

BMW S1000XR

Bagi model BMW S1000XR, ia dilengkapi enjin empat silinder sebaris bersesaran 999cc yang bukan sahaja dibina supaya memenuhi piawaian emisi EU4, malah kuasanya juga telah dipertingkatkan.

Tujahan kuasanya kini mencecah 121kW pada 11,000rpm berbanding sebelum ini 118kW pada 11,000rpm, peningkatan 3kW.

BMW G310 GS

BMW G 310 GS yang dilengkapi enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair, ia sebuah jentera yang cukup lincah di bandar dan mantap di laluan ‘offroad’ ringan menjadikannya teman terbaik untuk kegunaan harian.

Enjinnya mampu menghasilkan kuasa sehingga 25kW (34hp) pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7,500 rpm, dengan beratnya hanya 169kg.

“BMW HP4 Race serba baharu, jentera superbike perlumbaan sebenar kami dicipta khas untuk kegunaan di trek perlumbaan. Tidak ketinggalan, model BMW 310 GS serba baharu dan Super Adventure Sports Tourer, BMW S 1000 XR,” katanya dalam kenyataan.

Sumber : Berita Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *