6 Daripada 1,000 Belia Nak Tukar Jantina — LPPKN

Kuala Lumpur: 6 daripada 1,000 belia yang berusia di antara 13-24 tahun mempunyai keinginan untuk menukar jantina mereka, menurut hasil kajian Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Laporan kaji selidik LPPKN yang dimuatkan dalam Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) 2014 itu adalah daripada hasil temu bual 5,303 orang remaja belum pernah berkahwin yang berusia di antara 13 hingga 24 tahun.

Kajian dilakukan oleh UiTM Alor Gajah pula mendapati terdapat permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan golongan mak nyah bagi aktiviti andaman, barangan kosmetik, rekaan fesyen, kebudayaan dan lain-lain secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada bertambahnya golongan transgender di negara ini.

Sokongan kepada perniagaan-perniagaan golongan ini seolah-olah menunjukkan penerimaan dan pengiktirafan masyarakat terhadap mereka dan tidak lagi menganggap kewujudan golongan ini sebagai suatu kesalahan.

Permintaan tinggi dan penerimaan secara tidak langsung ini telah memberi cetusan semangat kepada golongan transgender untuk bergerak secara aktif dan serius bagi menuntut hak-hak dan pengiktirafan sepertimana yang sedang dinikmati oleh golongan LGBT di negara-negara barat.

Gerakan-gerakan sebegini turut mendapat sokongan semangat dan pelbagai bantuan terutama dalam bentuk kewangan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara atas nama ‘hak asasi manusia’.

Sebagai contoh, Pink Triangle Foundation sebagai salah sebuah gerakan yang memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini yang dipelopori oleh salah seorang ahli G25, Dato’ Faridah Khalid turut menerima dana daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara, termasuklah pernah menerima dana dari Kementerian Perpaduan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sumber : Wayang Kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *