YAMAHA Y15ZR GP 2017

Peminat jentera moped Yamaha dan sukan permotoran Moto GP boleh memperlihatkan minat mereka apabila Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan varian terbaru, Y15ZR SE Edisi GP 2017.

Model digelar ‘Raja Jalanan’ itu antara terlaris keluaran Yamaha selepas diperkenalkan pada 2015 yang menawarkan prestasi, gaya dan enjin berkuasa.

Yamaha Y15ZR SE Edisi GP 2017 didatangkan bersama padanan grafik warna baru jentera lumba pasukan Movistar Yamaha MotoGP yang dinaungi pelumba Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Jentera terlaris dalam keluarga Yamaha ini menggunakan enjin satu silinder empat lejang SOHC 149.7cc sejukan cecair menawarkan kuasa maksimum 11.3kW @ 8,500rpm manakala tork maksimum setinggi 13.8Nm @ 7,000rpm.

Penggunaan suntikan bahan api membolehkan kadar penggunaan petrol lebih jimat selain kadar pembakaran lebih sempurna.

Antara ciri standard motosikal ini ialah transmisi lima kelajuan, lampu nyalaan siang, lampu brek LED, paparan meter LCD, brek cakera hadapan dan belakang manakala suspensi hadapan adalah teleskopik serta monoshock pada bahagian belakang.

Berat kering Yamaha model ini adalah 115kg manakala kapasiti tangki bahan api, 4.2 liter. Ia dijual pada harga RM8,891.28 termasuk GST tanpa insurans dan cukai jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *